PUTRAJAYA, 26 November – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengiktiraf media sebagai rakan strategik dalam memacu keselamatan jalan raya dan membina imej positif jabatan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata tanpa sokongan padu media, JPJ tidak mampu menyampaikan dasar dan inisiatif secara tepat kepada rakyat.
“JPJ tidak boleh bergerak sendiri tanpa bantuan media. Kita tidak akan berada pada tahap ini tanpa sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan,” katanya.
Beliau turut mendedahkan, laporan dan liputan media terhadap program serta operasi JPJ bukan sahaja melebihi 10 laporan sebulan, malah menjadi bukti komitmen media dalam memastikan maklumat yang disampaikan adalah benar, sahih, dan mudah difahami.
Berita Penuh:
Berita RTM | JPJ iktiraf media sebagai rakan strategik utama



