SHAH ALAM – Laporan media mengenai usaha Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam memperkukuh peranan rehabilitasi sebagai pemangkin kelangsungan sosioekonomi dilihat mampu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan jaringan keselamatan sosial negara.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pengukuhan peranan itu penting khususnya dalam mendepani kesan perubahan demografi dan menangani jurang perlindungan dalam sektor tidak formal di negara ini.
Ujar beliau, usaha itu turut merangkumi aspek keadilan sosial bagi sektor tidak formal dan ekonomi ihsan, yang mana ia menjadi antara fokus utama penganjuran Anugerah Media PERKESO.
Berita Penuh:
Sinar Harian | Laporan media PERKESO tingkat kepentingan jaringan keselamatan sosial


