KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) — Media dan badan pemikir memainkan peranan penting dalam memajukan kerjasama China-ASEAN dengan menyokong perkongsian menang-menang, memupuk hubungan yang lebih erat antara rakyat dan menawarkan pandangan intelektual dan cadangan dasar, kata Ketua Pengarang Agensi Berita Xinhua (Xinhua), Lyu Yansong.
Dengan biro di setiap negara ASEAN, beliau berkata Xinhua telah membangunkan kerjasama yang luas dan pelbagai peringkat dengan media tempatan dan badan pemikir di seluruh rantau ini.
Berita Penuh:
Bernama | Media, Badan Pemikir Kunci Untuk Memajukan Kerjasama China-ASEAN: Ketua Xinhua