KUCHING, 9 April- Sukan Media Sarawak yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Peringkat Negeri tahun ini bakal melibatkan tiga lokasi utama, iaitu Kuching, Sibu, dan Miri.
Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, penyelarasan penganjuran sukan tersebut akan dijalankan bersama Persatuan Wartawan Bahagian Kuching, Persatuan Wartawan Sibu dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak.
Berita Penuh:
Berita RTM | Sukan Media Sarawak sempena sambutan HAWANA Peringkat Negeri, libatkan 3 lokasi