KUALA LUMPUR: Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China pertama membuka tirainya hari ini, menghimpunkan pemain utama industri media dan pakar dari rantau Asia Tenggara serta China bagi memperkukuh kerjasama dan libat urus dalam landskap media yang semakin dinamik.
Kira-kira 200 delegasi dijangka menghadiri forum sehari itu yang dianjurkan bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Agensi Berita Xinhua, julung kalinya kedua-dua agensi bekerjasama menganjurkan program media antarabangsa sejak memperbaharui perjanjian dua hala pada Disember 2023.
Bertemakan ‘Memperkukuh Kerjasama ASEAN-China’, forum ini menyediakan platform unik bagi perbincangan mendalam mengenai pelbagai isu penting kepada ASEAN dan masyarakat dunia.
Berita Penuh:
Bernama | TPM Fadillah rasmi forum media dan kumpulan pemikir ASEAN-China pertama