Forum Mini Siri 3: Solo dan Berani: Dinamika Baharu Dunia Kewartawanan

FORUM MINI MPI BAKAL KUPAS DINAMIKA BAHARU DUNIA KEWARTAWANAN DI USM

Pulau Pinang, 6 Mei 2025 — Malaysian Press Institute (MPI) bakal menganjurkan Forum Mini 3: Solo dan Berani bertemakan “Dinamik Baharu Dunia Kewartawanan” pada 8 Mei 2025 (Khamis), bertempat di Palka Wacana, Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM).

Program yang dijadual berlangsung dari 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini menampilkan perbincangan mengenai peranan wartawan moden yang semakin mencabar — dengan keperluan untuk bekerja secara solo, menguasai pelbagai kemahiran digital dan kekal beretika dalam menyampaikan berita kepada masyarakat.

Tiga panel akan berkongsi pengalaman dan pandangan dalam forum ini, iaitu Datuk Yong Soo Heong (Presiden MPI), Haji Ainol Amriz Ismail (Ketua Pegawai Eksekutif MPI), dan Margaret Gambang (Wartawan, Personaliti TV & Pengacara Profesional). Forum ini akan dimoderatorkan oleh Prof. Madya Dr. Nik Norma Nik Hasan, Pensyarah Kewartawanan USM.

Menurut pihak penganjur, forum ini bertujuan menjadi medan wacana antara warga industri dan akademik dalam memahami cabaran serta peluang dalam bidang kewartawanan masa kini.

“Forum ini memberi tumpuan kepada transformasi peranan wartawan yang kini perlu bertindak pantas, berdikari dan mahir dalam pelbagai aspek — daripada pelaporan hingga penerbitan kandungan,” ujar kenyataan MPI.

Forum Mini ini juga berperanan sebagai platform pendedahan awal kepada pelajar-pelajar komunikasi dan kewartawanan, sekali gus membuka ruang untuk membina jaringan profesional dan memupuk kefahaman yang lebih mendalam tentang realiti industri.

Program ini merupakan salah satu daripada siri Forum Mini anjuran MPI yang akan diteruskan di beberapa lokasi lain termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah dan Han Chiang University College of Communication, Pulau Pinang pada bulan Jun 2025.

Foto kredit : NST

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter