Kursus
BENGKEL TAMPIL BERWIBAWA DI HADAPAN KAMERA MEMBERIKAN PENGALAMAN YANG LUAR BIASA

BENGKEL TAMPIL BERWIBAWA DI HADAPAN KAMERA MEMBERIKAN PENGALAMAN YANG LUAR BIASA

“Program yang sangat menarik dan input yang luar biasa” itu yang dirumuskan oleh YB Hajah Zuraida binti Mohd Noor, YB Wanita Dewan Undangan Negeri Terengganu  apabila diminta memberikan ulasan berkenaan penganjuran program ini.

Bengkel yang diadakan di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia bertempat di Primula Hotel Kuala Terengganu pada 20 & 21 Disember 2020 yang mana bertujuan memberikan pendedahan kepada pegawai kerajaan, korporat mahupun media bagi berhadapan dengan kamera.

Seramai 19 orang peserta dari Pejabat Kerajaan Terengganu, Petronas, Kelab Wartawan Terengganu, RTM dan Kosmo telah mengikuti Bengkel Tampil Berwibawa di hadapan kamera bagi tahun 2020 anjuran MPI.

Selama 2 hari, para peserta telah dibimbing oleh Yusanani Yushak, mantan wartawan siaran dan peneraju program buletin utama TV3. Para peserta didedahkan dengan tip dan kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan media dengan berkesan serta kemahiran berhadapan dengan kamera yang melibatkan latihan simulasi sidang media dan program bual bicara.

https://youtu.be/YsUyN8K9HwM

Secara keseluruhannya, para peserta memberikan maklum balas positif dan berterima kasih kepada MPI dan Jabatan Penerangan Malaysia kerana telah menganjurkan bengkel seumpama ini dan berharap ianya akan diteruskan pada masa akan datang.

Puan Yusanani Yushak selaku penceramah memulakan hari pertama, sesi pertama dengan kelas teori bagi memberikan kefahaman tentang kepentingan, persiapan dan persediaan awal yang perlu dititikberatkan oleh peserta.
Para peserta tekun mendengar penerangan yang yang disampaikan oleh penceramah.
Encik Ahmad Fauzan dari Kelab Wartawan Terengganu ( KAWAT ) bertanyakan soalan kepada penceramah.
Encik Khairul Anuar dari Pertonas berkongsikan pengalaman beliau dengan penceramah dan peserta.
Para peserta bengkel sedang menjalani sesi praktikal sidang media pada hari pertama.
Pada hari kedua, peserta melaksanakan simulasi program bual bicara.
Para peserta merakamkan gambar kenangan bersama penceramah.