Featured
MPI & SMA ANJUR BENGKEL SECARA ATAS TALIAN

MPI & SMA ANJUR BENGKEL SECARA ATAS TALIAN

Pandemik COVID-19 ini tidak menghalang Sarawak Multimedia Authority (SMA) Creative Heritage Innovation Centre (CHIC) untuk sekali lagi bekerjasama dengan Malaysian Press Institute (MPI) dalam penganjuran Bengkel Penulisan Rencana & Naratif Berkesan pada 16 dan 17 Disember 2020 tetapi kali inisecara Atas Talian (Online) melalui aplikasi Zoom.

Kursus yang bersiaran secara langsung menggunakan aplikasi Zoom ini telah dikendalikan oleh Dr Jeniri Amir, Ahli Lembaga Pengarah Sarawak Media Group (SMG) sebagai penceramah. Dr Jeniri telah membuat pembentangannya di pejabat beliau yang terletak di Kuching Sarawak manakala16 orang peserta yang mengikuti bengkel secara virtual (maya) ini berada di pejabat dan di rumah masing-masing.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penulisan rencana bagi penulis yang berada di Negeri Sarawak dalam menghasilkan penulisan yang lebih menarik dan berkesan kepada pembaca. Antara peserta yang hadir dikursus dua hari ini adalah wartawan, guru, pelajar dan penulis bebas dari sekitar Kuching. Pelbagai latihan secara perseorangan dilakukan dan soalan demi soalan dilontarkan oleh peserta melalui aktiviti secara maya ini.

1.      Koordinator Program, Cik Melissa Omar dari CHIC sedang memperkenalkan latarbelakang penceramah kepada para peserta.
2.      Penceramah, Dr Jeniri Amir ketika menyampaikan ceramah beliau dari pejabatnya di Kuching.
3.      Penceramah mempromosi salah satu buku bertajuk “Feature Writing” yang sangat bagus dan mesti dimiliki oleh setiap peserta.
4.      Salah seorang peserta, Nur Shazreen Ali, wartawan dari Tribune Press bertanyakan soalan kepada penceramah.
5 & 6. Para peserta bergambar kumpulan bersama penceramah (kiri atas) sebelum kursus berakhir.