Tarikh: 26 FEBRUARI 2025
KUALA LUMPUR: Industri media Malaysia melakar sejarah baharu apabila Rang Undang-Undang (RRU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat, selepas 50 tahun penubuhannya dibincangkan.
RUU yang bertujuan menubuhkan badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamal media itu mendapat sokongan majoriti selepas dibahas 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Ia turut menjamin kebebasan media untuk memastikan masyarakat umum mendapat maklumat yang sahih, berintegriti dan adil.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan kelulusan RUU MMM di Dewan Rakyat hari ini sebagai satu kemenangan untuk kebebasan media di Malaysia.
“Apa yang kita laksana hari ini boleh dikatakan tertunda 52 tahun, dan sekarang kita melangkah ke depan dan langkah seterusnya adalah untuk membawa RUU MMM untuk ke Dewan Negara.
“Selepas itu kita jangkakan akan diperkenankan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan diwartakan.
“Setelah dikuatkuasakan nanti kita jangka Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia akan dibentuk menjelang pertengahan tahun ini,” katanya pada sidang media.
Melalui penubuhan MMM, kerajaan yakin ruang semak dan imbang boleh dilaksanakan oleh pemain industri media sendiri bagi meningkatkan amalan integriti dan pematuhan etika. _ TV3
https://www.buletintv3.my/nasional/lebih-50-tahun-tertunda-ruu-majlis-media-malaysia-diluluskan
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2396921
***
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Industri media Malaysia mencipta sejarah apabila Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024, antara lain bertujuan menjamin kebebasan media dalam memastikan masyarakat mendapat informasi sahih, berintegriti dan adil.
Rang undang-undang bagi penubuhan MMM itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 18 Ahli Parlimen.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching ketika embentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua berkata cadangan penubuhan satu jawatankuasa atau organisasi bagi menyelaraskan urus tadbir industri media di Malaysia telah dicetuskan sejak 1973.
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2396888
***
https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/02/26/parliament-passes-malaysian-media-council-bill
KUALA LUMPUR: The Malaysian Media Council Bill 2024, which will allow self-regulation within the local media industry, has been passed in the Dewan Rakyat.
The Bill was passed on Wednesday (Feb 26) via a voice vote after the third reading by Deputy Communications Minister Teo Nie Ching.
Under the Bill, the council will have to set standards and establish a code of conduct with ethical and responsible standards of journalism for media practitioners.
A total of 19 MPs participated in the debates on the Bill. It was tabled for first reading on Dec 12, 2024.
When tabling the Bill for Second Reading, Teo said a media council was proposed over five decades ago in 1973 by second prime minister Tun Abdul Razak Hussein.
“But the Cabinet memorandum to set up the Malaysian Media Council was only tabled to Cabinet and approved on Dec 6, 2019,” she said.
Various efforts to set up the media council have been taken and a draft of the Bill was completed by a 21-member pro-tem committee in August 2020. _ The Star.
****
Majlis Media Malaysia berfungsi hasilkan kod etika, standard kewartawanan dan kawal selia industri media
📌Libat urus Kementerian Komunikasi dan Jawatankuasa Protem Majlis Media Malaysia bukti komitmen Kerajaan MADANI terhadap kebebasan media
— Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching _ Sumber BERNAMA
***
KUALA LUMPUR: Industri media Malaysia melakar sejarah baharu apabila Rang Undang-Undang (RRU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat di sini, sebentar tadi, selepas 50 tahun penubuhannya dibincangkan.
RUU yang bertujuan, antara lain menubuhkan badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamal media itu mendapat sokongan majoriti selepas dibahas 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
RUU MMM 2024 yang mengandungi 23 Fasal itu dibentangkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching untuk bacaan kali pertama pada 12 Disember tahun lalu.
Ketika membentangkan RUU MMM 2024 untuk bacaan kali kedua, hari ini, Nie Ching, berkata RUU itu digubal dengan hasrat industri media untuk menubuhkan sebuah badan yang akan memperkukuh tadbir urus media di Malaysia. _ Berita Harian
***
https://www.nst.com.my/news/nation/2025/02/1180831/dewan-rakyat-passes-malaysian-media-council-bill
KUALA LUMPUR: The Dewan Rakyat today (Feb 26) passed the Malaysian Media Council Bill, which aims to establish the long-awaited media council responsible for developing and implementing a code of ethics for reporting.
The bill was presented for its second reading today by Deputy Communications Minister Teo Nie Ching. The first reading of the bill was held on Dec 12 last year, also by Teo.
A total of 19 Members of Parliament participated in the debate on the bill.
***
KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat di sini hari ini sekaligus melakar sejarah kepada industri media di negara ini.
RUU itu mendapat sokongan majoriti daripada blok kerajaan dan pembangkang selepas ia dibahas oleh 18 ahli Parlimen hari ini.
RUU MMM 2024 yang mengandungi 23 Fasal itu dibentangkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching untuk bacaan kali pertama pada 12 Disember tahun lalu dan hari ini untuk bacaan kali kedua.
Antara objektifnya industri media untuk menubuhkan sebuah badan yang akan memperkukuh tadbir urus serta menjaga kepentingan media di Malaysia.
Untuk makluman, cadangan penubuhan bagi mentadbir urus industri media di Malaysia dicetuskan sejak 1973 lagi oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. -MalaysiaGazette
***
* Malaysian Press Institute (MPI) sebahagian Ahli Jawatankuasa Pro-Tem Majlis Media Malaysia (MMM).



