Cyberjaya l 23 April 2025 – Sesi pada hari semalam diteruskan bersama pengamal-pengamal media Bengkel Kewartawanan Solo di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.
Dalam sesi kali ini, peserta didedahkan kepada penggunaan pelbagai alatan Google dalam kerja-kerja kewartawanan, yang disampaikan oleh Penceramah Google, Puan Aidila Razak.
Antara alatan yang diperkenalkan termasuk Google Maps, Google Lens, Google Fact Check, Google Explorer dan SynthID di mana semua alatan ini sesuai digunakan untuk membantu pengamal media, khususnya wartawan, dalam menghasilkan laporan yang lebih tepat, telus dan berintegriti.
Alatan-alatan ini turut memainkan peranan penting dalam proses pengesahan maklumat (verification) yang menjadi elemen asas dalam kewartawanan moden, terutamanya dalam menangani penyebaran maklumat palsu dan memperkukuh kredibiliti laporan berita.





