CIMA Perkukuh Keupayaan Menangani Krisis dan Pengurusan Media

PETALING JAYA, 3 September 2026 – Hari kedua Crisis Media Handling and Strategic Communication Training telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di UEM Edgenta Learning Centre, Petaling Jaya untuk CIMA. Sesi latihan pada kali ini dikendalikan oleh Datuk Badrulhisam Othman, Jurulatih Bertauliah HRDC dan bekas Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada strategi pengurusan media dan komunikasi krisis bagi mendalami landskap krisis dalam operasi industri serta jangkaan media ketika sesuatu isu berlaku. Pendedahan ini membantu peserta menyedari akan kepentingan perancangan komunikasi yang berkesan, penyampaian maklumat yang tepat serta pengurusan mesej yang konsisten bagi melindungi reputasi organisasi.

Pada sebelah petang, penceramah memberikan tugasan kepada peserta untuk dilakukan secara berkumpulan bagi membincangkan pelan perancangan dalam menangani isu-isu berkaitan, termasuk pembangunan mesej utama (key message development) dan penyediaan kenyataan awal (holding statement) ketika muncul sesuatu krisis.

Tahniah kepada semua peserta Crisis Media Handling and Strategic Communication Training atas kejayaan menamatkan kursus selama dua hari ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan dalam menghadapi cabaran komunikasi dan pengurusan krisis pada masa hadapan dalam organisasi tersebut.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter