Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran Sabah kepada dua warga Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merupakan pengiktirafan penting terhadap usaha agensi berita rasmi negara itu dalam menyebarkan maklumat tepat bagi membangunkan negeri itu.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menganugerahkan Ahli Darjah Kinabalu (ADK) kepada Ketua Biro Bernama di negeri itu Fadzli Ramli dan Bintang Setia Kinabalu (BSK) kepada jurufoto agensi berkenaan Zamain Singkui dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu di sini yang menyaksikan 151 penerima pada sesi kedua penganugerahan hari ini.
Berita Penuh:
Bernama | Darjah, Bintang Kebesaran Sabah Pengiktirafan Penting Usaha Bernama Bantu Sabah



