KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Seramai 478 pengamal media di seluruh negara menerima manfaat Tabung Kasih@HAWANA sejak 2023 dengan jumlah sumbangan keseluruhan mencecah RM1.3 juta.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata daripada jumlah itu, 56 penerima ialah pengamal media Tamil.
Katanya, inisiatif itu merupakan komitmen Kerajaan MADANI untuk menghargai jasa wartawan dan sumbangan mereka kepada masyarakat serta negara.
“Jadi kepada rakan-rakan media yang memerlukan bantuan, atau mengenali seseorang yang memerlukan, bolehlah menghantar permohonan melalui urusetia Tabung Kasih@HAWANA atau terus menghubungi pejabat kami.
“Tabung ini terbuka kepada semua pengamal media, termasuk bekas pengamal media, tanpa mengira kaum atau bahasa. Jika benar-benar layak dan berada dalam kesusahan, kami sedia menyalurkan bantuan,” katanya.
Berita penuh:
Berita RTM | 478 pengamal media terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA sejak 2023



