Kunjungan MPC ke MPI Buka Ruang Kerjasama Latihan dan Pembangunan Bakat Media

Cyberjaya, 9 Mac 2026 – Komitmen untuk memperkukuh pembangunan bakat, literasi media dan profesionalisme industri terus diperkukuh apabila Malaysian Press Institute (MPI) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di pejabat operasi MPI di Cyberjaya, hari ini. Pertemuan tersebut membuka ruang kepada kedua-dua institusi untuk memperhalusi potensi kerjasama strategik dalam pembangunan kapasiti industri media, khususnya melalui latihan profesional, literasi media dan pengiktirafan kecemerlangan dalam sektor komunikasi dan kewartawanan.

Kunjungan itu turut menjadi platform perbincangan mengenai Anugerah Media Akademi Dalam Industri, selain meneroka peluang kerjasama dalam program latihan dan pembangunan bakat media yang selari dengan keperluan industri semasa.

Delegasi MPC diketuai oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pengurusan Moden, Puan Saliza Saari, bersama Pengarah Bahagian Produktiviti Insan, Encik Mohamad Muzaffar Abdul Hamid, serta Timbalan Pengarah, Dr. Noor Aishah Haji Hassan, selain beberapa pegawai kanan MPC.

MPI pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail, Pengurus Projek Khas – Anugerah, Encik Salman Husni Abdollah, dan Koordinator Projek Khas, Puan Nur Afiqah Rahmat.

Pertemuan tersebut menzahirkan kesediaan kedua-dua pihak untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam meningkatkan tahap profesionalisme industri media melalui pendekatan berasaskan produktiviti, inovasi dan pembangunan bakat. Inisiatif ini dilihat berpotensi menyumbang kepada usaha memperkasa ekosistem media yang lebih kompetitif, berdaya tahan dan berintegriti di Malaysia.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter