Dana Inovasi Media – Kursus Community Content Production untuk Wartawan Sarawak Tribune

SARAWAK, 24 Jun 2026 – Kursus Community Content Production yang dianjurkan oleh Sarawak Tribune di bawah Dana Inovasi Media dengan MPI sebagai penyedia latihan telah berlangsung di Kuching, Sarawak. Sesi pagi dikendalikan oleh Encik Mas Zharif Zhafri Aziz Desa, Wartawan Multimedia TV3 dan Pembaca Berita TV9, serta disertai oleh 15 orang wartawan Sarawak Tribune.

Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada konsep dan kepentingan penghasilan kandungan berasaskan komuniti dalam ekosistem media moden. Mereka turut mempelajari kaedah mengenal pasti isu dan cerita yang relevan dengan komuniti setempat bagi menghasilkan kandungan yang lebih dekat dengan audiens.

Selain itu, peserta diberikan pendedahan mengenai teknik penceritaan (storytelling) yang berkesan untuk pelbagai platform media, sekali gus membantu meningkatkan keterlibatan dan kepercayaan audiens terhadap kandungan yang dihasilkan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter