CYBERJAYA, 16 November 2026 – Teknologi kecerdasan buatan (AI) terus membuka ruang baharu dalam penghasilan kandungan dan landskap kewartawanan digital.
Hari ini, Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan Bengkel Bilik Berita AI Lanjutan: Penghasilan Video, Audio dan Automasi Penceritaan Digital yang dilaksanakan khas untuk Siakap Keli di bawah Dana Inovasi Media.
Bengkel ini disertai seramai 9 orang peserta daripada Siakap Keli dengan bimbingan penceramah, Encik Munir Anaam Zuljadan, Penganalisis Media.
Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada pendekatan dan penggunaan teknologi AI dalam memperkasa penghasilan kandungan video, audio serta automasi penceritaan digital bagi meningkatkan kreativiti, produktiviti dan kecekapan operasi bilik berita.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha MPI untuk membantu organisasi media meneroka potensi teknologi baharu, memperkukuh kemahiran digital serta menyesuaikan diri dengan perubahan landskap industri media yang semakin dinamik.
MPI komited memperkasa industri media melalui latihan, inovasi dan transformasi digital!








