Bengkel Solution Journalism Perkasa Kemahiran Pengamal Media

CYBERJAYA, 17 November 2026 – Malaysian Press Institite (MPI) hari ini menganjurkan Bengkel Solution Journalism yang dikendalikan oleh Tan Su Lin, seorang pengamal media berpengalaman dalam bidang kewartawanan. Bengkel ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai pendekatan kewartawanan berasaskan penyelesaian atau *Solution Journalism* dalam menghasilkan laporan berita yang lebih bermakna, mendalam dan berimpak kepada masyarakat.

Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada konsep, prinsip dan teknik pelaporan Solution Journalism yang bukan sekadar mengetengahkan sesuatu isu atau permasalahan, malah turut memberi perhatian kepada usaha, pendekatan serta penyelesaian yang dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.

Bengkel ini disertai peserta daripada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), FGV, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) serta penulis bebas. Penganjuran program ini merupakan antara usaha MPI untuk memperkukuh kemahiran dan meningkatkan keupayaan pengamal media dalam menghasilkan kandungan kewartawanan yang berkualiti, berfakta serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest