409 wartawan sertai HKM MPI-PETRONAS 2014

1. Pengenalan

Seramai 409 wartawan menyertai Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2014 (HKM 2014) yang kini dalam proses penghakiman.

Jumlah ini adalah peningkatan sebanyak 125 peserta atau 40% berbanding HKM 2013. Bagi HKM 2013, 284 orang wartawan mengemukakan karya-karya terbaik kewartawanan masing-masing.

Bagi bilangan artikel, jumlah keseluruhan bahan yang dikemukakan untuk HKM 2014 pula adalah selari dengan bertambahnya bilangan peserta. 409 wartawan itu telah mengemukakan 892 artikel. Angka ini adalah peningkatan sebanyak 340 artikel berbanding 552 artikel bagi HKM 2013. Peratusan peningkatan artikel HKM 2014, berbanding HKM 2013 ialah 62%.

Bilangan artikel mengatasi bilangan peserta kerana bagi beberapa kategori, para peserta dikehendaki mengemukakan lebih daripada satu artikel untuk bukti bahawa sepanjang tahun yang dinilai (dalam kes ini 2014) mereka secara konsisten telah berkarya.

Contohnya: bagi Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail, peserta diwajibkan menghantar empat (4) artikel yang dihasilkan sepanjang 2014. Kategori-kategori lain yang memerlukan peserta menghantar lebih satu artikel ialah Kewartawanan Perkhidmatan Awam Cemerlang, Laporan Berita Cemerlang, Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang; Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang; Penulisan Rencana Cemerlang; Kolumnis Cemerlang dan Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang.

Dalam 13 kategori yang dipertandingkan, peningkatan tertinggi ialah dalam Penulisan Komentar/Kolumnis/Kritikan Cemerlang iaitu sebanyak 300 peratus berbanding HKM 2013; diikuti oleh Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang Petronas sebanyak 188 peratus; Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail 107 peratus; Laporan Berita Cemerlang 76 peratus; Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang 75 peratus; Kewartawanan Perkhidmatan Awam Cemerlang pula meningkat sebanyak 57 peratus.

Tiga kategori HKM 2014 iaitu Penulisan Rencana Cemerlang, Berita Video Terbaik dan Anugerah Khas Juri mengalami kemerosotan kecil penyertaan berbanding HKM 2013. Kewartawanan Foto Cemerlang pula tidak mencatatkan peningkatan, sebaliknya kekal pada 38 penyertaan bagi HKM 2014 dan HKM 2013.

Pecahan penyertaan mengikut genre pula adalah: 212 bagi kewartawanan cetak; 123 foto/esei foto; 73 kewartawanan video; 10 penyertaan tv bagi kategori A. Samad Ismail dan satu untuk Anugerah Khas Juri.

2. Pecahan penyertaan HKM 2014 berbanding HKM 2013 adalah seperti berikut:

Kategori HKM 2014 HKM 2013 % peningkatan
Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail (Cetak) 29 14 107
Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail (TV) 10
Kewartawan Perkhidmatan Awam Cemerlang 33 21 57
Laporan Berita Cemerlang 37 21 76
Kewartawanan Siasatan Cemerlang 16 14 14
Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang 14 8 75
Penulisan Rencana Cemerlang 32 34 -6
Penulisan Komentar/Kolumnis/Kritikan Cemerlang 28 7 300
Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang Petronas 23 8 188
Kewartawanan Esei Foto Cemerlang 85 78 9
Kewartawanan Foto Cemerlang 38 38 Tiada peningkatan
Berita Video Terbaik 31 32 -3
Dokumentari Video Terbaik 32 15 113
Anugerah Khas 1 2 -50
Jumlah Keseluruhan 409 284 40

 

3. Penyertaan artikel ikut kategori HKM 2014 berbanding HKM 2013

Kategori HKM 2014 HKM 2013 % Peningkatan
Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail 116 56 107
Kewartawanan Perkhidmatan Awam Cemerlang 99 63 57
Laporan Berita Cemerlang 111 63 76
Laporan Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang 48 42 14
Kewartawanan Antarabangsa Cemerlang 42 24 75
Penulisan Rencana Cemerlang 96 102 -6
Penulisan Komentar/Kolum/Kritikan Cemerlang 84 21 300
Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang Petronas 69 24 188
Kewartawanan Foto Cemerlang 85 78 8
Kewartawanan Esei Foto Cemerlang 38 38 Tiada Peningkatan
Berita Video Terbaik 31 24 29
Dokumentari Video Terbaik 32 15 113
Anugerah Khas 1 2 -50
Jumlah 892 552 62

 

4. Penyertaan dari segi organisasi media

HADIAH WARTAWAN MUDA A SAMAD ISMAIL – CETAK
Berita Harian 3
Bernama 6
HCK Media 6
New Straits Times 2
The Star 10
Utusan Malaysia 2
JUMLAH 29

 

HADIAH WARTAWAN MUDA A SAMAD ISMAIL – TV
Astro Awani 1
Bernama TV 2
NTV7 1
TV1 2
TV3 3
TV9 1
JUMLAH 10

 

KEWARTAWANAN ALAM SEKITAR CEMERLANG-PETRONAS
Berita Harian 4
Bernama 2
New Straits Times 7
See Hua Daily 1
The Star 6
Utusan Malaysia 3
JUMLAH 23

 

KEWARTAWANAN ANTARABANGSA CEMERLANG
Berita Harian 4
Bernama 2
Harian Metro 1
HCK Media 1
New Straits Times 3
The Star 2
Utusan Malaysia 1
JUMLAH 14

 

KEWARTAWANAN PENYIASATAN CEMERLANG
Berita Harian 3
Harian Metro 2
HCK Media 1
Malay Mail 1
New Straits Times 1
Sinar Harian 2
The Star 4
Utusan Malaysia 2
JUMLAH 16

 

KEWARTAWANAN PERKHIDMATAN AWAM CEMERLANG
Berita Harian 5
Bernama 5
Dewan Bahasa dan Pustaka 1
Harian Metro 1
HCK Media 1
Malay Mail 1
New Straits Times 7
Sinar Harian 1
The Star 9
The Sun 1
Utusan Malaysia 1
JUMLAH 33

 

LAPORAN BERITA CEMERLANG
Berita Harian 9
Bernama 3
Harian Metro 5
HCK Media 1
New Straits Times 4
Sinar Harian 2
The Star 10
Utusan Malaysia 3
JUMLAH 37

 

PENULISAN KOMENTAR/ KOLUMNIS/KRITIKAN CEMERLANG
Berita Harian 6
Harian Metro 1
Malay Mail 1
New Straits Times 2
See Hua Daily 1
Sinar Harian 4
The Rakyat Post 1
The Star 5
Unreserved 1
Utusan Malaysia 6
JUMLAH 28

 

PENULISAN RENCANA CEMERLANG
Berita Harian 3
Berita Publishing 3
Bernama 4
Dewan Bahasa dan Pustaka 1
HCK Media 2
New Straits Times 6
The Star 6
The Sun 1
Unreserve 3
Utusan Malaysia 3
JUMLAH 32

 

KATEGORI ESEI FOTO CEMERLANG
Bernama 2
Harian Metro 25
Kosmo 1
New Straits Times 4
Sin Chew Daily 2
The Star 3
Utusan Malaysia 1
JUMLAH 38

 

KEWARTAWANAN FOTO CEMERLANG
Berita Harian 5
Bernama 19
Harian Metro 4
HCK Media 2
Kosmo 1
New Straits Times 14
Sin Chew Daily 4
The Malay Mail 7
The Star 16
Unreserve 1
Utusan Malaysia 12
JUMLAH 85

 

BERITA VIDEO TERBAIK
Astro Awani 2
Bernama TV 2
The Star Online TV 13
TV1 5
TV3 6
TV9 3
JUMLAH 31

 

DOKUMENTARI VIDEO TERBAIK
Bernama TV 4
NTV7 1
TV1 3
TV3 23
TV9 1
JUMLAH 32

5. Hadiah Kajai

Hadiah Kajai, iaitu hadiah tertinggi HKM bagi wartawan, akan dipilih daripada penyertaan terbaik HKM 2014. Ini bermakna 398 wartawan yang menyertai HKM 2014 mempunyai peluang untuk dinobatkan sebagai penerima Hadiah Kajai yang akan membawa pulang ganjaran wang tunai bernilai RM30,000 serta sebilangan hadiah iringan yang lain.

6. Tokoh Wartawan Negara

MPI menerima satu pencalonan bagi Tokoh Wartawan Negara 2015. Majlis berasingan akan diadakan untuk menobatkan calon berkenaan sebagai Tokoh.

7. Hadiah-hadiah lain

Hadiah wang tunai untuk para pemenang HKM ditaja oleh Petronas sejak 1994. MPI berharap syarikat minyak negara itu akan memperbaharui penajaan bernilai RM300,000 yang berakhir pada HKM 2013. MPI sedang menunggu keputusan Petronas itu. Bagi setiap kategori, hadiah yang ditawarkan ialah RM15,000 kecuali bagi kategori Esei Foto Cemerlang yang menerima RM12,500.

8. Penghakiman

Produk-produk kewartawanan HKM 2014 dinilai tiga kumpulan panel hakim yang berasingan untuk kewartawanan cetak, foto dan kewartawanan video. Penyertaan bagi dalam bahasa Mandarin pula dinilai oleh sebuah panel khas. Para hakim menggabungkan ahli-ahli akademik dalam bidang kewartawanan, media dan komunikasi dan kalangan wartawan veteran berpengalaman.

Karya-karya kewartawanan cetak yang dikemukakan oleh 212 peserta HKM 2014 kini sedang dinilai oleh satu barisan panel hakim 12 orang yang diketuai oleh profesor kewartawanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Mohd Safar Hasim. Beliau juga pernah menjadi wartawan kanan agensi berita nasional, Bernama. Ahli-ahli panel lain terdiri daripada:

  1. Profesor Dr S. Kumaran, Ketua Program Pengajian India, Fakulti Seni & Sains Sosial, Universiti Malaya (UM).
  2. Dr Ling Tek Soon, Pensyarah Kanan Insititut Pengajian China, Universiti Malaya (UM).
  3. Datuk Seri Azman Ujang, Mantan Pengurus Besar Bernama yang pernah menjadi Ketua Pengarangnya.
  4. Puan Malia Taibi, Ketua Jabatan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan dengan akhbar Borneo Post.
  5. Datuk Yong Soo Heong, Mantan Pengurus Besar dan Ketua Pengarang Bernama.
  6. Profesor Dr N. Kanthasamy, pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
  7. Dr Nik Norma Nik Hassan, pensyarah dalam bidang kewartawanan sains di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
  8. Profesor Dr Faridah Ibrahim, Dekan Fakulti Seni, Komunikasi & Pendidikan, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL). Beliau juga pernah menjadi wartawan dengan akhbar Utusan Malaysia.
  9. Dr Jeniri Amir, Pensyarah Kanan, Jabatan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Dr. Jeniri pernah menjadi guru dan ketua editor Utusan Sarawak. Kini penulis rencana yang prolifik dalam sebilangan akhbar dan majalah.
  10. Profesor Madya Dr. Yahya Ariffin, Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau seorang kolumnis dengan akhbar Berita Harian.
  11. Encik Azahar Kasim, pensyarah kewartawanan di Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM). Azahar juga pernah berkhidmat dengan Berita Harian dan Harian Metro.

9. Kewartawanan Video

  1. Datuk Shaharudin Latif, Mantan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima. Beliau seorang wartawan berpengalaman luas dalam bidang cetak dan penyiaran. Pernah mejadi editor di TV3 dan wartawan dengan akhbar Berita Harian.
  2. Datuk Norhyati Ismail, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia. Berpengalaman luas dalam bidang penerbitan program ehwal semasa TV semasa berkhidmat dengan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).
  3. Profesor Madya Dr Baharuddin Aziz, Pengarah, IIUM TV merangkap pensyarah kewartawanan penyiaran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  4. Puan Yusanani Yushak, Mantan Konsultan Persembahan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pernah menjadi wartawan siaran dan peneraju berita Buletin Utama, TV3.

10. Kewartawanan Foto

  1. Vincent Thian, jurufoto Associated Press (AP) yang berpengalaman luas dalam bidang kefotoan. Jawatannya di AP membawa beliau ke kawasan-kawasan bergolak di Asia.
  2. Zainal Halim, pernah berkhidmat dengan agensi berita Associated Press di beberapa negara Asia. Beliau juga pernah bekerja dengan akhbar-akhbar utama negara ini.

11. Malam Wartawan Malaysia 2015

Hadiah kepada para pemenang HKM 2014 tajaan Petronas, mengikut tradisi akan disampaikan pada Malam Wartawan Malaysia 2015 yang akan diadakan pada penghujung April 2015. Bagaimanapun tarikh sebenar akan ditentukan kemudian bergantung kepada tarikh yang diberikan oleh tetamu kehormat Malam Wartawan Malaysia 2015. MPI mengundang Perdana Menteri, YAB Datuk Sri Mohd Najib Razak menjadi tetamu kehormat kali ini. Untuk rekod Malam Wartawan 2014 telah diserikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

12. Mesyuarat AJK Pelaksana Malam Wartawan Malaysia 2015

Majlis Pentadbir MPI telah mengadakan mesyuarat khas tentang penganjuran Malam Wartawan Malaysia 2015 pada 6 Mac 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya (tengah) mempengerusikan mesyuarat tersebut yang turut dihadiri Datuk Mustapa Omar (Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad), Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman (Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia), Datuk Zakaria Abd Wahab (Ketua Pengarang Bernama), T. Selva (Pengarang Perunding Kanan Latihan & Hal Ehwal Perundangan Star Publications M Bhd), Foo Tick Fat (Pengarang Bersekutu Nanyang Siang Pau) dan Sri Diah Saharuddin (Pengurus Besar Grup Buku Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd).