MPI & MCMC Perkukuh Jaringan Strategik Industri Media

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini meraikan majlis Networking Luncheon With Editors sebagai tanda penghargaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atas sokongan berterusan terhadap penganjuran Malam Wartawan Malaysia dan pelbagai program latihan kewartawanan.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Presiden MPI, YBhg. Datuk Yong Soo Heong; Ahli Suruhanjaya MCMC, Prof. Dr. Mohamad Salmi bin Mohd Sohod, Encik Derek John Fernandez, YBhg. General Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin (B); Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr. Ainol Amriz Ismail; dan barisan pengurusan tertinggi MCMC bersama ketua-ketua pengarang, timbalan ketua pengarang dan pengarang kanan media.

Hadir sama, Timbalan Presiden MPI, Cik Farrah Naz Karim; Naib Presiden MPI, Mr Brian Martin; Ahli Majlis Pentadbir MPI, YBhg. Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Encik Zamri Rambli, Encik Mohd Azri Atan dan Mr Choo Joon Kian; Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPI, YBhg. Datuk Mustapa Omar dan YBhg. Dr. Mohd Safar Hasim, dan barisan sekretariat MPI.

Platform seperti ini bukan sekadar majlis makan tengah hari, tetapi menjadi titik pertemuan penting yang menghimpunkan barisan tertinggi editorial dari pelbagai organisasi media untuk bertukar pandangan, berkongsi idea dan merintis kerjasama strategik. Ini membuktikan hubungan rapat antara pengawal selia dan industri media adalah kunci untuk membina ekosistem kewartawanan yang mampan.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter