Dagang News Terus Terajui Pelaporan Ekonomi; MPI Adakan Kunjungan Hormat di Shah Alam

SHAH ALAM, 4 Disember 2025 – Dagang News terus menampilkan dirinya sebagai antara peneraju utama dalam memperkasa laporan ekonomi dalam medium Bahasa Melayu, dengan liputan yang menyeluruh, terkini dan disokong ulasan berfakta serta terstruktur. Sebagai portal yang semakin menjadi rujukan pembaca dan pengamal industri, Dagang News memainkan peranan penting dalam mempopularkan wacana ekonomi yang mudah diakses dan difahami oleh masyarakat umum.

Selaras aspirasi ini, Malaysian Press Institute (MPI) hari ini berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat operasi Dagang News di Shah Alam. Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik antara MPI dan Dagang News bagi memperkukuh ekosistem pelaporan ekonomi nasional, khususnya dalam Bahasa Melayu.

Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, berkata kesediaan Dagang News muncul sebagai wadah ekonomi berbahasa Melayu yang berwibawa wajar diperkukuh melalui kerjasama industri dan peningkatan kompetensi wartawan.
“Dagang News telah membuktikan bahawa laporan ekonomi dalam Bahasa Melayu boleh disampaikan dengan tepat, tersusun dan bertaraf profesional. MPI menyambut baik usaha seperti ini kerana ia membantu memperluas literasi ekonomi rakyat dan mengangkat martabat kewartawanan ekonomi negara,” katanya.

Delegasi MPI diketuai oleh Datuk Yong Soo Heong bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail; Dr. Nuzatul Shima Sulaiman; serta Puan Norhafiza Kamaludin, Pengurus Kanan Unit Pengurusan Projek. Turut hadir ialah wakil Unit Pentadbiran & Kesetiausahaan, Puan Norfatin Syahira Jusoh serta Pelatih Kandungan Kreatif, Ifatul Aisyah.

Kunjungan hormat ini disambut baik oleh pasukan Dagang News yang terdiri daripada Editor, Encik Hamden Ramli; Eksekutif Pentadbiran, Puan Shahlina Hashim; Editor Media Baharu, Encik Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz serta Wartawan, Encik Haziq Hakimi.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter