Forum Media dan Komunikasi menjelang PRU Ke-14 dapat sambutan hangat
Hampir 150 pemimpin editorial, wartawan, pengamal media dan ahli akademik hadir menjayakan Forum Media dan Komunikasi Menjelang PRU Ke-14 yang berlangsung pada 5 April baru-baru ini di Hotel Novotel, Kuala Lumpur.
Selain bertepatan dengan suasana pilihan raya yang bakal tiba, wacana ilmu anjuran Malaysian Press Institute (MPI) dengan kerjasama Persatuan Pendidik Komunikasi ini menarik minat para peserta kerana tajuk-tajuk perbincangan forum kali ini bertumpu kepada hasil kajian empirikal berkaitan PRU, keberkesanan peranan media dalam menghadapi PRU dan kaedah penyampaian mesej kepada khalayak semasa PRU daripada perspektif akademik.
Tajuk-tajuk forum disampaikan oleh tokoh akademik, ahli kewartawanan dan peneraju editorial yang pakar dalam bidang masing-masing, antaranya ; Prof. Dato’ Dr. Syed Arabi Idid, Profesor di Jabatan Komunikasi, UIAM; Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UUM dan Dr. Mohd. Faizal Kasmani, Pengarah di Pusat Komunikasi Strategik, USIM yang membentangkan tajuk sesi pertama, “Pembentangan Kajian Berkaitan PRU”. Sesi ini turut dipengerusikan oleh Prof. Dr. Mohd. Yahya Mohamed Ariffin, Pengarah di Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti, USIM selaku moderator.
Bagi sesi kedua bertajuk “Media dan PRU : Antara Menyokong, Menentang dan Berkecuali” , ahli-ahli panelnya terdiri daripada Dato’ Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial, Grup Sinar Karangkraf Sdn Bhd; Cik Hafidah Samat, Editor, Digital Media & Big Data, Astro AWANI dan En. Shahrum Sayuthi, Pengarang Bersekutu, BRU Publication manakala moderatornya ialah Datuk Dr. Chamil Wariya, Ketua Pegawai Eksekutif, MPI.
Sesi terakhir, “Mengkomunikasikan Mesej kepada Khalayak semasa PRU : Perspektif Akademik” dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif, The New Straits Times Press Malaysia Berhad dan ahli-ahli panelnya terdiri daripada Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein, Pengerusi Persatuan Pendidik Komunikasi merangkap Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), USM; dan Prof. Dr. Faridah Ibrahim, Dekan, Fakulti Sastera, Komunikasi & Pendidikan , Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur.
Pada awal program forum, Prof. Dato’ Dr. Adnan Hussein, Pengerusi Persatuan Pendidik Komunikasi terlebih dahulu merasmikan majlis. Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan penghargaan kepada MPI atas peluang menjalin kolaborasi bersama MPI menganjurkan program seperti ini. Menurutnya lagi, secara tidak langsung, forum ini turut mempromosikan persatuan yang baru sahaja ditubuhkan pada akhir 2017 di samping dapat menambah keahlian di kalangan pensyarah-pensyarah media dan kewartawanan yang hadir menyertai forum.
FOTO-FOTO SEKITAR FORUM :







1 2
3
Ahli-ahli panel Sesi 2 “Media dan PRU : Antara Menyokong, Menentang dan Berkecuali” : Dato’ Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial, Grup Sinar Karangkraf Sdn Bhd (1), Cik Hafidah Samat, Editor Digital Media & Big Data, Astro AWANI (2) dan En. Shahrum Sayuthi, Pengarang Bersekutu, BRU Publication (3).

The New Straits Times Press sebagai moderator.













