Forum Media HAWANA 2026 Kupas Adaptasi Wartawan Dalam Landskap Media Baharu

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Cabaran serta perubahan landskap media semasa menjadi fokus utama sesi kedua Forum Media HAWANA 2026 menerusi forum bertajuk How Journalists Navigate the Evolving Media Landscape yang berlangsung hari ini.

Sesi forum berkenaan dikendalikan moderator, Tuan Gerard Ratnam dengan menampilkan barisan panel terdiri daripada Ahli Majlis Pentadbir Malaysian Press Institute (MPI), Dato’ Kuik Cheng Kang, Ketua Pengarang Kumpulan Sin Chew Media Corporation; Encik Ronnie Teo Teck Wei, Presiden Kuching Division Journalism Association (KDJA); Puan Mariah Doksil, Presiden Sabah Journalist Association (SJA). Turut bersama sebagai panel Datuk Suhaimi Sulaiman, mantan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia.

Perbincangan forum menyentuh pelbagai cabaran yang dihadapi pengamal media masa kini termasuk perubahan corak penggunaan media, persaingan platform digital, perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta keperluan wartawan untuk menyesuaikan diri dengan kehendak audiens yang semakin pantas berubah.

Panel turut berkongsi pandangan mengenai tanggungjawab media profesional dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat serta sahih dalam era ledakan maklumat di media sosial.

Forum itu menjadi antara sesi utama dalam Forum Media HAWANA 2026 yang menghimpunkan pemain industri media, organisasi komunikasi dan pengamal media dari seluruh negara bagi membincangkan cabaran serta hala tuju industri media dalam era digital yang semakin berkembang.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter