4 Februari 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) menerima kunjungan daripada Pengurus Pusat Kecemerlangan BERNAMA, Encik Riduan Ridzuan Mohd Ghazali dan Eksekutifnya, Nur Syazwani Zainudin.
Dalam pertemuan ini, Presiden MPI menyambut baik hasrat yang dinyatakan oleh BERNAMA untuk berkolaborasi dalam menganjurkan latihan kewartawanan khususnya berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang dicadangkan dianjurkan pada penghujung April atau Mei 2025.
“Sebentar tadi kita berbincang tentang topik dan kaedah program latihan yang dicadangkan dan kami di MPI berharap untuk mendapatkan pandangan daripada pihak news editor supaya pembangunan program latihan yang dibuat adalah berdasarkan keperluan mereka”, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz.
Kunjungan disambut oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail; Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain dan sekretariat MPI.