Kunjungan Hormat Wilayahku

14 Januari 2025 – Petang ini, Malaysian Press Institute (MPI) berbesar hati menerima kunjungan daripada Pengarang Kanan Wilayahku, Encik Abdullah Mamat dan Wartawan Wilayahku, Encik Metra Syahril Mohamed.

Pertemuan ini menekankan perkongsian tentang pembelajaran dan peluang latihan berkenaan kecerdasan buatan dan aspek gaya baharu dalam pelaporan.

Kunjungan hormat ini disambut oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail; Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain dan sekretariat MPI.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest