Cyberjaya | 10 Julai 2025 – MPI turut menerima kunjungan hormat daripada personaliti televisyen dan penerbit kandungan berpengalaman, Encik Ally Iskandar, bertempat di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya.
Dalam pertemuan satu jam ini, banyak idea-idea baharu dibincangkan selain potensi berkolaborasi bersama berkaitan dengan kepakaran bidang kedua-dua pihak dalam memastikan kandungan kerjasama lebih dinamik dan relevan dengan landskap media masa kini.
MPI menjangkakan jalinan kerjasama ini dapat direalisasikan dalam masa terdekat dan memberi manfaat besar kepada pembangunan industri media tanah air.






