Activity
MPI KUNJUNGI SINAR KARANGKRAF

MPI KUNJUNGI SINAR KARANGKRAF

5 Ogos, Cyberjaya : Sinar Karangkraf menerima kunjungan Malaysian Press Institute (MPI) dalam usaha memperkukuh hubungan selain membincangkan program-program latihan kewartawanan.

Kunjungan MPI disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Puan Farah Hussamuddin dan Encik Zamri Rambli, Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian yang juga Ahli Majlis Pentadbir MPI.

Hasil pertemuan dan perbincangan ini membantu MPI dalam merangka program-program latihan kewartawanan bagi tahun 2025 selaras dengan kehendak industri media.

Kumpulan Karangkraf menyertai MPI sebagai ahli pada 1984 dan antara media yang terawal mengganggotai MPI.

Rakaman gambar ketika perbincangan diadakan.
Datuk Mustapa menyerahkan cenderamata MPI sebagai tanda penghargaan kepada Sinar Karangkraf.
Terima kasih Sinar Karangkraf

Dari kiri : Encik Azmi, Encik Zamri, Puan Farah, Datuk Mustapa, Datuk Muhammad Nasir, Encik Ainol, Puan Ida, Puan Naquiah, Encik Nik Justin, Puan Fiza dan Puan Miza.