Cyberjaya, 17 Julai 2025 – Sesi latihan berkaitan sistem QNE Cloud Accounting dan e-Invois telah dilaksanakan di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI), Cyberjaya. Latihan ini dikendalikan oleh Puan Engku Zaidah, yang lebih dikenali sebagai Coach Kuzai.
Latihan kepada sekretariat MPI merupakan inisiatif awal dalam usaha mempersiapkan institut ke arah pelaksanaan e-Invois.
Selain itu, ia turut memberikan pendedahan penting berkaitan kaedah pengurusan kewangan dan perakaunan secara digital yang lebih sistematik, telus dan efisien.
Penganjuran latihan ini mencerminkan komitmen MPI untuk meningkatkan kecekapan urus niaga dalaman serta menyokong pelaksanaan transformasi digital sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.






