MPI Teroka Kerjasama Strategik dengan Jabatan Peguam Negara

PUTRAJAYA, 21 Julai 2026 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini telah mengadakan mesyuarat bersama Unit Komunikasi Strategik, Jabatan Peguam Negara bagi membincangkan susulan hasil pertemuan terdahulu dalam usaha merancang penganjuran program yang bersesuaian untuk jabatan tersebut.

Perbincangan memfokuskan kepada cadangan penganjuran Luncheon Talk with Editors serta penerokaan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam menjayakan inisiatif tersebut.

Delegasi MPI diketuai oleh Pengurus Projek Khas, Puan Ramizah Aziz, dan turut disertai oleh Koordinator Projek, Puan Afiqah Rahmat; Eksekutif Pentadbiran dan Kesetiausahaan, Puan Norfatin Syahira; serta Eksekutif Kandungan Kreatif, Cik Nurul Ifatul Aisyah.

Sementara itu, delegasi Unit Komunikasi Strategik, Jabatan Peguam Negara diwakili oleh Ketua Unit Komunikasi Strategik, Encik Mohd Amir Khusairi Harun; Pegawai Perhubungan Awam, Encik Abdul Aziz Salleh; Pembantu Tadbir, Puan Raja Noor Ezreen Herlina Raja Noor Bashah; dan Pembantu Tadbir, Puan Nurul Izwani Baharom.

Mesyuarat ini diharapkan menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat antara MPI dan Jabatan Peguam Negara dalam merancang serta melaksanakan program-program yang mampu memperkukuh hubungan strategik dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter