MPI–UiTM Seri Iskandar Teroka Usaha Sama Media dan Industri Kreatif

Cyberjaya, 1 Ogos – Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan satu mesyuarat dalam talian bersama wakil Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sri Iskandar, Perak bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Wakil UiTM terdiri daripada Ts. Dr. Zulimran Ahmad, Dr. Mohd Khairulnizam Ramlie dan Dr. Nor Azalina Yusnita Abdul Rahman dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN).

Antara perkara yang dibincangkan ialah penyediaan memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) melibatkan penganjuran program bersama, pembangunan modul dan kurikulum industri, serta sokongan terhadap program pelajar.

Turut dicadangkan ialah penganjuran Anugerah Media Pelajar UiTM Cawangan Perak yang merangkumi kategori infografik, video pendek berunsur kecerdasan buatan (AI), penulisan berita dan fotografi, serta latihan penulisan media untuk pensyarah.

MPI menyatakan hasrat untuk menganjurkan program di UiTM Sri Iskandar pada bulan Oktober. Mesyuarat ini disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail; Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain; Eksekutif Kanan Projek Khas, Puan Nur Ramizah Abdul Aziz; serta sekretariat, Puan Norfatin Syahira Jusoh dan Muhammad Asyraf Rosmidi.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter