
PELAJAR UNIMAS BERI RESPON POSITIF
Malaysian Press Institute (MPI) mengambil pendekatan berkongsi perkembangan media dengan pelajar Faculty of Education, Language and Communication, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melalui Mini Forum: Media & Kewartawanan – Landskap Media Baharu Era Digital di Auditorium Petary, UNIMAS, Kota Samarahan, Sarawak pada 23 Oktober 2024.
Usaha yang dilakukan ini bersesuaian dengan gerak kerja baharu MPI, yang mahu membimbing seramai mungkin generasi baru untuk meminati kerjaya berkaitan media dan kewartawanan, selain meneruskan latihan kemahiran tinggi dan profesional kepada pengamal media di negara ini.
Sebagai pusat kecemerlangan kewartawanan, MPI merasakan perlu generasi pelajar didedahkan dengan pengetahuan terhadap landskap media terkini, agar mereka lebih bersedia terhadap teknologi, pendekatan pelaporan, gaya dan kandungan digital, yang mana akan diadaptasi selepas mereka bergraduasi kelak.
MPI akan menjelajah ke seluruh negara dan bersedia melakukan kerjasama dengan mana-mana universiti dan kolej untuk menyampaikan senario semasa media, selain mengatur satu kaedah pengiktirafan karya pelajar, pensyarah dan universiti serta kolej untuk diangkat sebagai penghargaan dalam program yang kini diperhalusi sebelum diumumkan kelak.
MPI serius meneroka sektor baru ini, yang mana antara yang akan diberikan tumpuan khusus tahun 2025. Oleh yang demikian, mana-mana universiti atau kolej yang mahu bersama MPI dalam program perkasa pelajar media & komunikasi untuk dideahkan dengan dunia media baharu daripada pakar industri, bolehlah berhubung dengan sekretariat MPI, 03-86892712. Kami juga mengalu-alukan penaja yang mahu bersama dalam projek ini.
Dalam Mini Forum di UNIMAS, dua panel MPI, Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail berkongsi pelbagai perkara berkaitan landskap media. Terima kasih kepada penaja, Sarawak Energy yang turut sama menyokong usaha ini.
Terima kasih juga kepada Dekan Faculty of Education, Language and Communication, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dilah Tuah; Timbalan Dekan (Industry & Community Engagement), Dr. Noratikah Mohamad Ashari; Pengarah Bahagian Penerbitan, Malia Taibi serta pensyarah yang sempat hadir. Hampir 100 pelajar UNIMAS hadir dalam program ini.

