Cyberjaya, 3 Mac 2026 – Satu pertemuan telah diadakan bagi memperhalusi kertas cadangan penajaan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) untuk tempoh tiga tahun akan datang antara Malaysian Press Institute (MPI) dan PETRONAS di pejabat MPi Cyberjaya, pada 3 Februari 2026.
Beberapa perkara utama telah diperincikan dan diteliti semula, antaranya struktur kategori anugerah, mekanisme penjurian, pengukuhan elemen integriti dan tadbir urus, serta cadangan inisiatif nilai tambah yang mampu meningkatkan impak HKM terhadap pembangunan profesionalisme pengamal media.
Aspek keberhasilan jangka sederhana turut diberi perhatian bagi memastikan program ini bukan sahaja berprestij, malah relevan, mampan dan berorientasikan masa hadapan.











