Pertemuan MPI–MAPIM Perkukuh Peranan Media dalam Isu Kemanusiaan

Cyberjaya, 27 Ogos 2025 – Malaysian Press Institute (MPI) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di pusat latihan MPI, Cyberjaya.

Delegasi MAPIM diketuai oleh Presidennya, Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid bersama Penyelaras Hal Ehwal Korporat, Dato’ Ahmad Fuad Abdul Razak, Perunding Media, Encik Farush Khan Akbar Khan dan Pegawai Khas Presiden, Encik Jamal Abdul Nasir Ahmad.

MPI pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Ainol Amriz Ismail; Pengurus Besar, Puan Norlida Jamain; Eksekutif Kanan Program Khas, Puan Nur Ramizah Abdul Aziz dan Sekretariat, Cik Nurul Ifatul Aisyah Ahmad Zulkarnain.

Pertemuan ini menjadi landasan untuk membincangkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam memperkukuh hubungan dengan media dan merancang pelaksanaan beberapa program bersama. Antara fokus utama adalah penganjuran program literasi media kepada rakan-rakan media berhubung isu kemanusiaan Palestin yang sedang digerakkan oleh MAPIM.

Kerjasama ini dijangka membuka ruang kolaborasi lebih meluas bukan sahaja dalam bidang literasi media dan komunikasi, tetapi juga dalam memperkukuh peranan media dalam isu-isu kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter