Cyberjaya, 17 Mac 2026 – Pelaksanaan akademik dalam industri merupakan antara teras utama oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) dalam usaha memperkasa produktiviti negara. Sehubungan itu, Malaysian Press Institute (MPI) hari ini menerima kunjungan delegasi MPC bagi meneruskan kerjasama strategik berkaitan penganjuran anugerah media serta pelaksanaan program industri.
Delegasi MPC yang hadir diketuai oleh Timbalan Pengarah MPC, Dr. Nor Aishah Binti Hassan; Pengurus Kanan, Puan Norhaniza Hamir; serta barisan Pengurus, Puan Nurul Fatihah Mohd dan Puan Nazilah Ahmad serta Puan Nik Haneez Amizan. Kehadiran MPC disambut baik oleh Pengurus Besar MPI, Puan Norlida Jamain; Pengurus Anugerah (Projek Khas), Encik Salman Husni; Koordinator Projek (Projek Khas), Puan Afiqah Rahmat; serta Pelatih Kandungan Kreatif, Nurul Ifatul Aisyah.
Perbincangan ini selari dengan peranan MPI sebagai badan penghakiman anugerah kewartawanan dan peneraju pembangunan profesional industri media.
Melalui kolaborasi ini, MPI turut meneroka cadangan pelaksanaan Diploma Profesional Kewartawanan sebagai inisiatif ‘upskilling’ latihan industri bagi pengamal media, sekali gus memperkukuh kompetensi industri dan menyumbang kepada peningkatan produktiviti sektor kewartawanan negara.







