26 Disember 2024 – Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Haji Ainol Amriz Ismail bersama staf MPI mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Republik Kyrgyz ke Malaysia, TYT Anvar Anarbeav di pejabatnya, di Kuala Lumpur hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Pertama Konsulat, Toktobolot Zhumaliev.
Beberapa perkara telah dibincangkan antara MPI dan pihak Kedutaan untuk memberikan kebaikan antara kedua-dua negara, khususnya dalam mempromosikan pelancongan, produk halal dan kewartawanan.
MPI sangat bertuah kerana diberi kepercayaan oleh pihak Kedutaan khususnya TYT Anvar dalam melaksanakan program 2025, yang akan melibatkan media Malaysia.
MPI melihat potensi kerjasama peringkat global dalam misi pertukaran kepakaran dan kemahiran dalam industri media melaluiperbincangan ini.
* Ringkasan: Malaysian Press Institute (MPI) telah memulakan hubungan dengan kedutaan Kyrgyzstan melalui pertemuan bersama Duta negara itu, hari ini di Kuala Lumpur. Fokus perbincangan termasuk pengenalan Kyrgyzstan dan Malaysia sebagai destinasi pelancongan menarik, pertukaran kepakaran media antara kedua-dua negara, dan latihan wartawan kedua-dua negara bagi meningkatkan pemahaman budaya serta memperkukuh jaringan profesional. Inisiatif ini diharap menjadi asas kukuh untuk memajukan kerjasama strategik dalam bidang kewartawanan dan diplomasi.




