UNICEF Malaysia – MPI Sepakat Perkukuh Peranan Media Lindungi Hak Kanak-Kanak

CYBERJAYA, 30 Januari 2026 – Pertemuan strategik antara UNICEF Malaysia dan Malaysian Press Institute (MPI) hari ini menzahirkan komitmen bersama dalam memperkukuh peranan media sebagai pelindung hak dan kesejahteraan kanak-kanak melalui kewartawanan yang beretika, bertanggungjawab dan berkualiti tinggi.

Sesi ini turut memfokuskan usaha mempromosi kerjasama jangka panjang melalui program-program latihan seperti keselamatan digital dan media sosial kanak-kanak, garis panduan pelaporan melibatkan kanak-kanak, bengkel etika kewartawanan dan hak kanak-kanak, diskusi meja bulat bersama editor, serta penganjuran anugerah media.

Perjumpaan ini dihadiri oleh Encik Edward Carwardine, Pengarah Komunikasi UNICEF, Encik Niko Manos Wieland, Ketua Komunikasi UNICEF Malaysia, Puan Gaya Velayutham, Pakar Komunikasi UNICEF Malaysia dan Cik Rachel Chong, Pegawai Komunikasi UNICEF Malaysia.

Kehadiran UNICEF disambut baik oleh MPI yang diketuai oleh Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong, Timbalan Presiden MPI, Cik Farrah Naz Karim, Ahli Majlis Pentadbir, Encik Choo Joon Kian, Pengurus Kanan Pengurusan Projek, Dr. Nuzatul Shima dan Puan Norhafiza, Pengurus Anugerah Unit Projek Khas, Encik Salman Husni, Eksekutif Pentadbiran, Puan Norfatin Syahira dan Pelatih Kandungan Kreatif, Cik Nurul Ifatul Aisyah Ahmad Zulkarnain.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter