Album ini merakam detik-detik istimewa sepanjang Malam Wartawan Malaysia 2026 di sekitar halaman luar dewan (foyer) di Ballroom Majestic Hotel Kuala Lumpur.
Setiap helaian foto ini bukan sekadar merakam wajah dan senyuman, malah menjadi saksi kepada perjalanan, pengorbanan serta pencapaian insan-insan yang sentiasa berada di barisan hadapan mahupun disebalik tabir dalam menyampaikan berita kepada masyarakat.
Semoga koleksi kenangan ini terus menjadi inspirasi kepada generasi wartawan masa kini dan akan datang dalam memperkukuh dunia kewartawanan yang beretika, berintegriti dan berwibawa.




