ALBUM 2: DETIK PENGIKTIRAFAN, TERUKIR DALAM SEJARAH

Album ini juga merakam momen-momen penuh bermakna sepanjang Malam Wartawan Malaysia 2026 di dalam Ballroom, The Majestic Hotel Kuala Lumpur, ketika berlangsungnya majlis penyampaian anugerah yang meraikan kecemerlangan dunia kewartawanan negara.

Kenangan ini turut menjadi penghormatan kepada seluruh warga media yang sentiasa komited dalam menghasilkan karya terbaik demi kepentingan negara dan masyarakat. Setiap pengiktirafan yang diterima pada malam berprestij ini bukan sekadar meraikan kejayaan individu, tetapi turut mencerminkan dedikasi, profesionalisme dan semangat kewartawanan yang menjadi tunjang kepada industri media Malaysia.

Semoga setiap momen yang diabadikan dalam album ini terus menjadi inspirasi kepada generasi wartawan masa kini dan akan datang untuk menghasilkan karya yang bukan sahaja cemerlang dari segi penyampaian, malah mampu mencetuskan pemikiran, mempengaruhi dasar serta membawa perubahan positif kepada masyarakat dan negara.

UNTUK RANGKUMAN FOTO RASMI KLIK SINI

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest