3 lagi Kursus pada bulan Ogos

Memandangkan latihan-latihan yang dianjurkan pada bulan Jun & Julai mendapat sambutan baik oleh pengamal media, pengamal komunikasi korporat/perhubungan awam/ahli akademik maka MPI merancang meneruskan lagi latihan secara maya, antaranya pada bulan Ogos ini adalah:

  1. Writing for Social Media & News Portal Training Workshop
  2. Media & Malaysia Foreign Policy Course – Synergy in the Global Frontier
  3. Kursus Creative Digital Media (Marketing)

Writing for Social Media & News Portal Training Workshop yang bakal diadakan pada 4 – 5 Ogos 2021 akan dikendalikan oleh Hilal Azmi, Ketua Inisiatif Belia & Media Sosial Astro AWANI. MPI memahami keperluan para wartawan termasuk agensi korporat untuk mempertajam kemahiran penulisan dalam media sosial dan portal. Maka inisiatif diambil dengan penganjuran kursus digital tersebut secara dalam talian (online). Dengan pengalaman luas penceramah dalam penulisan media sosial dan portal diharap dapat membantu para peserta mempertingkatkan kemahiran penulisan yang mantap dan berimpak tinggi.

Pada 12 – 13 Ogos 2021 pula, Kursus Media & Malaysia Foreign Policy Course – Synergy in the Global Frontier secara dalam talian (online) akan dianjurkan. Dengan kerjasama Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Malaysian Press Institute (MPI) bercadang menganjurkan kursus dua hari secara maya ini bertujuan untuk membuka peluang kepada pengamal media agar dapat memahami peranan IDFR dengan lebih serius dan memahami peranan diplomasi negara serta isu-isu antarabangsa supaya pelaporan yang disediakan dapat disampaikan dengan tepat. Kursus akan dikendalikan oleh penceramah jemputan berpengalaman dari pihak IDFR sendiri. Para pengamal media amatlah digalakkan untuk menghadiri kursus ini untuk menimba lebih banyak ilmu dan info-info penting yang akan dikongsikan oleh penceramah nanti.

Pada 18 – 19 Ogos 2021 Kursus Creative Digital Media (Marketing) bakal diadakan secara maya. Kursus dua hari ini akan dikendalikan oleh Ainol Amriz Ismail, Penerbit UTUSANTV. Kursus ini merupakan pembelajaran berkaitan kandungan media digital dan peranannya terhadap pemasaran produk perkhidmatan dan sebagainya. Kursus ini memaparkan 4 modul berkaitan Penulisan Kreatif Pengiklanan, Penulisan Kapi, Produksi Murah Melalui Telefon Pintar dan Berani Hadapan Kamera. Kursus yang memerlukan kecekalan dan keberanian kerana ia melibatkan kandungan media digital. Semua pembelajaran ini adalah menggunakan telefon pintar sebagai asset menghasilkan produk dalam kos yang murah. Penampilan, gaya, keyakinan menyusun kata-kata serta memahami serba sedikit mengenai produksi sendiri adalah keperluan masa kini. Kursus ini menarik dengan 30 % teori manakala 70 % adalah praktikal. Ia berbentuk belajar, lakukan dan hasilkan. Setiap kandungan media digital sama ada penulisan, perbualan dan penggunaan gajet akan diuji dalam kelas kursus nanti.

Kepada pengamal media, pengamal komunikasi korporat/perhubungan awam/ahli akademik yang berminat untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan bidang yang disebutkan di atas bolehlah menghubungi Unit Latihan MPI. 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Puan Fiza di talian 012-6691993 atau Puan Miza di talian 017-4875859.

Sila klik di sini untuk daftar!