Majlis Apresiasi Media Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia 2026

KUALA LUMPUR, 24 November 2026 – Anugerah Apresiasi Media Bersama Menteri Kesihatan Tahun 2026 telah berlangsung hari ini di Impiana Banquet Hall, Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur.

Majlis disempurnakan menerusi ucapan perasmian oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengamal media atas komitmen serta kerjasama dalam menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan kepada masyarakat secara tepat, beretika dan bertanggungjawab.

Beliau turut menghargai peranan Malaysian Press Institute (MPI) dalam menjayakan inisiatif dalam mengiktiraf sumbangan serta kecemerlangan media dalam menghasilkan kandungan berkaitan kesihatan yang berkualiti dan berimpak.

Sebanyak lima kategori anugerah dipertandingkan, iaitu Anugerah Laporan Berita Terbaik, Anugerah Rencana Terbaik, Anugerah Dokumentari Terbaik, Anugerah Kandungan Media Sosial Terbaik dan Anugerah Foto Terbaik.

Senarai pemenang adalah seperti berikut:

1. Anugerah Rencana Terbaik

🥇 Nurhafizah Tan (BERNAMA)
Tajuk karya: Mounjaro: Untuk Kurus Atau Rawatan Perubatan

🥈 Moo Chiew Yen (Sin Chew Daily)
Tajuk karya: Every month, mobile medical teams traverse mountains and valleys to reach villages and protect the health of indigenous people.

2. Anugerah Laporan Berita Terbaik

🥇 Yasmin Ahmad (Astro AWANI)
Tajuk karya: Lebih 80 peratus kes kanser hati dikesan lewat, KKM perkukuh saringan awal

🥈 Amalia Azmi (New Straits Times, NST)
Tajuk karya: Food Act amendments to tighten controls on food, labelling

3. Anugerah Dokumentari Terbaik

🥇 Areesya Khalim & Rosli Ab Rahman (TV3: 999)
Tajuk karya: Keringat Barisan Hadapan

🥈 Haseena Zol Azlan, Syaiful Adzwan Hashim Shuib & Mohd Hafiz Mohd Rashid (TV3: Majalah Tiga)
Tajuk karya: Klinik Bot Perairan Semporna

4. Anugerah Kandungan Media Sosial Terbaik

🥇 Andrea Rhiannon Edmonds (Free Malaysia Today, FMT)
Tajuk karya: Malaysia’s Lung Health Initiative: a regional model in the making

🥈 Fatin Nabihah Marzuki, Shafiq Hashim, Mohd Khairil Anuar Yusof (BERNAMA)
Tajuk karya: KKM perkukuh sistem sokongan kesihatan mental

5. Anugerah Foto Terbaik

🥇 Liow Chien Ying (Sin Chew Daily)
Tajuk karya: Every month, mobile medical teams traverse mountains and valleys to reach villages and protect the health of indigenous people.

🥈 Mohd Asri Saifuddin Mamat (BERNAMA)
Tajuk karya: Dengue: Staying One Step Ahead

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas dedikasi dan peranan aktif dalam menyebarluaskan peranan & dasar Kementerian Kesihatan serta maklumat kesihatan yang tepat kepada masyarakat.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter