MPI Perkukuh Jaringan Industri Di Superbrands Award 2026

Presiden Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Yong Soo Heong telah dijemput hadir sebagai Tetamu Kehormat (Guest of Honour) pada majlis Superbrands Award 2026 yang berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya, bersama Ketua Unit Media Sosial MPI, Ibrahim Darman.

Superbrands Award merupakan pengiktirafan antarabangsa yang menghargai jenama-jenama yang berjaya membina reputasi, kredibiliti dan kepercayaan pengguna melalui kecemerlangan produk, perkhidmatan serta strategi penjenamaan.

Kehadiran MPI dalam majlis ini membuka ruang untuk memperluas jaringan profesional, mengukuhkan hubungan strategik bersama pemain industri serta meneroka peluang kerjasama dalam bidang komunikasi, media dan penjenamaan

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest