PUTRAJAYA, 29 Jun 2026 – Malam ini barisan wartawan daripada Astro Audio News, BERNAMA, Berita Harian dan Ikim FM nerupakan antara penerima hadiah Pertandingan Liputan Media RKB sempena Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.
Antara acara utama yang berlangsung termasuk, Penyampaian Sijil Penghargaan Pasukan Paradoks Produktiviti AI, Penyampaian Hadiah Pertandingan Liputan Media serta Penyampaian Sijil Penghargaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).
MPI mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan tahniah kepada semua penerima anugerah dan pemenang atas pencapaian yang membanggakan. Semoga pengiktirafan ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan, inovasi serta penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Tahniah kepada semua pemenang!






















