Bengkel Multi Camera Production untuk staf MPI
Satu bengkel Multi Camera Production khusus kepada staf MPI telah diadakan bertujuan untuk memahami istilah-istilah lazim penerbitan MCP bagi membantu melaksanakan kursus-kursus yang berkaitan dengan peralatan kamera, switcher dan sebagainya seperti kursus Talk to Impress on TV serta menjayakan pembikinan video promosi penjenamaan MPI.
Bengkel ini dibimbing oleh seorang jurukamera yang berpengalaman iaitu Encik Nasir dan dibantu oleh Encik Nizam.
Latihan praktikal dititikberatkan pada bengkel ini bagi memberi gambaran sebenar kepada staf setiap shot yang akan diambil dengan menggunakan istilah-istilah yang telah dijelaskan semasa sesi teori.
Harapannya agar kursus ini dapat membantu semua staf MPI memahami dan meningkatkan kemahiran semasa mengendalikan kamera untuk kelihatan lebih profesional.
Rangkuman gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung: