Cyberjaya | 8 Julai 2025 – Pagi ini sedang berlangsung di Pusat Latihan Malaysian Press Institute (MPI), Bengkel Open-Source Intelligence (OSINT) yang dikendalikan oleh penceramah selaku Penganalisis Media, Encik Munir Anaam Zuljadan.
Sesi pada pagi ini dimulakan dengan pengenalan menyeluruh kepada konsep OSINT dan Analisis Sentimen yang membekalkan peserta dari pelbagai organisasi media dengan ilmu asas dalam mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis maklumat terbuka secara efektif dan efisyen.
Para peserta turut didedahkan mengenai teknik dan kepentingan OSINT dalam menyampaikan laporan yang lebih tepat dan berimpak tinggi, khususnya dalam era digital yang penuh mencabar dengan maklumat yang bergerak laju kini.
Bengkel ini berlangsung selama dua hari, iaitu pada 8 dan 9 Julai 2025.





