Cyberjaya, 23 April 2025 – Sesi terakhir hari pertama Bengkel Kewartawanan Solo anjuran MPI bersambung dengan para peserta berpeluang mendengar dan menyertai sesi menarik yang menekankan aspek pelaporan dan pengalaman sebenar sebagai wartawan solo.
Menampilkan perkongsian eksklusif oleh Puan Haliza Hashim-Doyle, Koresponden Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 Malaysia yang kini berpangkalan di kota London. Beliau berkongsi pengalaman bertugas sebagai wartawan solo di luar negara, termasuk cabaran dan strategi dalam menyampaikan laporan yang berkesan secara individu.
Sesi yang memberi tumpuan kepada aspek teknikal dan praktikal dalam pelaporan lapangan. Penceramah turut menunjukkan cara penggunaan pelbagai peralatan kewartawanan seperti kamera, telefon pintar, tripod, mikrofon, gimbal dan lain-lain lagi.
Sesi perkongsian ini memberi gambaran menyeluruh kepada peserta mengenai kemahiran dan persiapan yang diperlukan untuk berfungsi secara efektif sebagai wartawan solo dalam era digital.






