“First-hand experience” daripada keluarga kanak-kanak kurang upaya
Bertempat di Pullman Kuala Lumpur Bangsar satu bengkel untuk pengamal media bertajuk “MEDIA WORKSHOP ON CHILDREN’S RIGHTS & DISABILITY IN MALAYSIA” dengan kerjasama diantara Malaysian Press Institute (MPI) dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) telah diadakan pada 17 May 2017.
Bengkel yang dihadiri seramai 21 orang pengamal media di Malaysia merangkumi media cetak, penyiaran (Radio & TV) dan juga portal. Mereka yang terdiri daripada Utusan Karya seramai 3 orang, KOSMO! 3 orang, RTM 2 orang (Radio & TV), Media Prima Berhad 2 orang, Berita Daily 2 orang dan masing-masing Malaysia Kini, China Press, Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian, Malay Mail, Sun Media Corporation, The Star dan Malaysia Aktif menghantar seorang wakil wartawan dari organisasi mereka.
1. Mr Laurent Duvillier, Ketua Komunikasi Pembangunan & Advocacy Awam, UNICEF menerangkan objektif bengkel diadakan manakala para peserta mendengar dengan penuh minat.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk melengkapkan wartawan dengan kemahiran untuk menghasilkan laporan yang tepat, relevan dan menarik yang boleh membawa isu-isu orang kurang upaya terutamanya kanak-kanak kurang upaya, hak mereka untuk menjalani kehidupan yang bermaruah iaitu bebas daripada diskriminasi, hak untuk hidup dalam pembangunan dan diberi perlindungan yang betul dan hak untuk didengar kepada pengetahuan orang ramai dalam melindungi kanak-kanak dan hak-hak mereka di dalam media.
2. Salah satu kumpulan sedang menemuramah ibu dan anak kurang upaya antara aktiviti berkumpulan di dalam sesi sehari tersebut.
3. Kumpulan terbaik dalam menghasilkan laporan berita, rencana dan gambar berserta kapsyen menarik menerima hadiah berupa coklat dari Ms Marianne Clark-Hattingh, Wakil UNICEF ke Malaysia.
4. Peserta dari KOSMO!, Nurul Nafisah Mazlan sedang menerima sijil penyertaan dari Datuk Dr Chamil.
5. Para peserta bergambar kenangan sebelum tamat bengkel bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr. Chamil Wariya (tengah), Ms Mary Chen Fasilitator bengkel (kiri), Ms Marianne Clark-Hattingh, Wakil UNICEF ke Malaysia (dua dari kiri), Mr Laurent Duvillier, Ketua Komunikasi Pembangunan & Advocacy Awam, UNICEF (dua dari kanan) dan Ms Melizarani T Selva, Moderator bengkel (paling kanan).
Kebanyakan peserta berharap agar masa dapat dipanjangkan lagi pada masa akan datang. Rata-rata berpendapat bengkel ini sangat bagus kerana keluarga yang mempunyai anak kurang upaya dijemput untuk sesi latihan dan peserta dapat belajar secara mendalam untuk memahami bagaimana untuk mendekati kanak-kanak kurang upaya ini.