Cyberjaya | 8 Julai 2025 – Hari pertama Bengkel Open-Source Intelligence (OSINT) anjuran MPI telah berlangsung dengan jayanya bersama penceramah berpengalaman, Encik Munir Anaam Zuljadan.
Sesi pagi memberi fokus kepada analisis sentimen, termasuk penggunaan emoji dalam memahami konteks mesej serta teknik pantas membina Word Cloud bagi mengenal pasti isu atau topik hangat yang sering dibincangkan dalam media sosial dan berita.
Pada sebelah petang, peserta didedahkan kepada penggunaan perisian Orange Data Mining, iaitu alat visual yang membantu dalam proses analisis dan visualisasi data secara sistematik di mana sangat berguna dalam kerja penyelidikan berita dan pemantauan isu semasa.
Bengkel ini memberikan pendedahan praktikal kepada wartawan dan pengamal media tentang cara memanfaatkan sumber terbuka secara berkesan bagi mendapatkan maklumat dan menjalankan analisis mendalam terhadap sesuatu isu.






