Kemahiran Analisis Data TVS Diperkasa Pada Hari Kedua

Kuching, 15 Julai – Bengkel On-The-Fly Data Journalism bersama pengamal media TV Sarawak (TVS) memasuki hari kedua dengan pengisian yang lebih mendalam berkaitan penggunaan data terbuka dalam pelaporan berita.

Encik Munir Anaam Zuljadan telah memperkenalkan perisian Orange Data Mining, iaitu platform sumber terbuka yang membolehkan analisis data dilakukan secara visual dan interaktif. Peserta diberi peluang menganalisis data sebenar daripada Global Forest Watch, khususnya berkaitan isu penyusutan hutan dan impaknya terhadap alam sekitar serta komuniti.

Encik Munir turut berkongsi penggunaan aplikasi SunCalc, iaitu alat yang membantu menentukan arah cahaya matahari pada masa dan lokasi tertentu. Aplikasi ini amat berguna bagi menentukan waktu asal gambar atau video diambil berdasarkan bayang dalam gambar tersebut.

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan menyediakan laporan berita berasaskan data terbuka yang telah dianalisis. Aktiviti ini bukan sahaja mengasah kemahiran analitik, malah menguji keupayaan peserta menyusun naratif berita yang berasaskan fakta dan bukti yang sahih.

Pendekatan ini sejajar dengan keperluan industri kewartawanan yang menuntut kepantasan, ketepatan, dan kebolehpercayaan, sekali gus memperkasa pengamal media TVS dalam menghasilkan laporan yang lebih bernilai kepada masyarakat.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter