Kepentingan Etika dan Ketepatan Dalam Pelaporan Berita Kesihatan

Cyberjaya, 29 April 2025 – Kursus Istilah Baharu Kewartawanan hari ini diteruskan dengan sesi khas bersama Co-founder Science Media Centre (SMC) Malaysia, Cik Tan Su Lin, yang membincangkan penggunaan istilah dalam pelaporan berita berkaitan perubatan dan kesihatan.

Dalam sesi perkongsian tersebut, penceramah menekankan kepentingan penggunaan istilah yang tepat, bertanggungjawab dan berpaksikan fakta, terutamanya dalam laporan berkaitan isu kritikal seperti pandemik, vaksinasi dan penyakit berjangkit lain. Beliau turut mengupas cabaran sebenar yang dihadapi oleh wartawan dalam menyampaikan laporan kesihatan kepada khalayak umum, agar maklumat yang disampaikan tidak mengundang panik, salah tafsir atau kekeliruan.

Sesi ini turut disertakan dengan latihan praktikal, di mana para peserta berpeluang menganalisis kenyataan akhbar rasmi berkaitan isu kesihatan, seterusnya menghasilkan laporan berdasarkan data dan maklumat sebenar.

Sesi pada hari ini secara keseluruhannya memberi penekanan kepada keperluan menyampaikan berita kesihatan dengan tepat, jelas dan beretika di samping memperkukuh kemahiran peserta dalam menyusun strategi pelaporan yang lebih profesional dan berintegriti dalam era penyebaran maklumat yang pantas dan mencabar.

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter