Kursus Penulisan Era Baharu: MPI & TVS Perkasa Kemahiran Wartawan dengan Pendekatan Teknologi

Kuching, 29 Julai 2025 – Kursus Penulisan Era Baharu: Struktur, Suntingan & Konsep Dipacu Teknologi bermula pagi ini di pejabat Sarawak Media Group bersama pengamal-pengamal media TV Sarawak (TVS).

Program selama dua hari ini, yang berlangsung pada 29 dan 30 Julai 2025, dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, Encik Zamri Rambli dengan fokus kepada pengukuhan teknik asas penulisan berita secara berkesan, berpandukan struktur yang mantap serta gaya penyampaian yang disokong oleh penggunaan teknologi terkini.

Ini merupakan program ketiga hasil kerjasama antara Malaysian Press Institute (MPI) dan TVS dalam usaha memperkasa kemahiran wartawan menerusi pendekatan yang menekankan kecekapan penggunaan bahasa, penyusunan maklumat secara teratur, dan penyampaian mesej yang jelas serta tepat kepada khalayak.

Peserta kursus dijangka mengaplikasikan teknik penulisan yang dipelajari dalam tugasan harian masing-masing, seiring tuntutan industri media masa kini yang pantas, dinamik dan dipacu teknologi.

MPI komited untuk terus menyediakan latihan berkualiti kepada pengamal media di seluruh negara, khususnya dalam bidang penulisan, suntingan dan penyampaian kandungan media berimpak tinggi.

“Anda Namakan, Kami Adakan”

Share this post :

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest

Create a new perspective on life

Your Ads Here (365 x 270 area)
Latest News
Categories

Subscribe our newsletter