MELANGKAH MASA HADAPAN KEWARTAWANAN DENGAN TRANSFORMASI KECERDASAN BUATAN AI
20 Disember 2024 – Program latihan pertama Artificial Intelligence: Empowering Journalists on Content and Newsroom Management anjuran Malaysian Press Institute (MPI) yang disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melabuhkan tirainya semalam di MCMC Center of Excellent (CoE), Cyberjaya.
Lokasi pertama ini mensasarkan penyertaan pengamal media yang berpusat di sekitar wilayah Lembah Klang.
Kursus ini bukan sahaja membuka peluang untuk memahami teknologi Al dalam dunia kewartawanan, malah melengkapkan peserta dengan kemahiran dan pengetahuan untuk menguruskan kandungan dengan lebih efisien dan inovatif.
Tahniah kepada 23 orang peserta atas dedikasi dan komitmen yang luar biasa sepanjang dua hari berkursus . Semoga segala ilmu yang diperoleh menjadi pemangkin kepada transformasi dalam dunia kewartawanan dan membuka jalan ke arah kemajuan yang lebih gemilang. Teruskan berkarya dan mencipta impak yang positif dalam industri media!
Program latihan ini akan dibawa ke Kuching, Sarawak pada 7 dan 8 Januari 2025, seterusnya ke Kota Kinabalu pada 21 dan 22 Januari 2025.